when the going get tough, the tough get going

Saturday, May 21, 2011

Dari Kaca Mataku!!!

pandangan mata kasar kadang2 mengelirukan!! kita sebagai manusia kadang2 lebih mempercayai apa yang dilihat dan kebanyakkan kita jarang untuk menilai disebaliknya... Kadang2 apa yg kita dengar juga kadang2 lebih enak dr yg sebenarnya,...Kawan
Sahabat itu umpama bahu, menjadi kekuatan ketika tangan tidak berdaya memegang dan membawa,menjadi sandaran,alas dan galas di masa sedang kesedihan? kadang2 lain juga jadinya!!!!! (Pengalaman)

Wednesday, April 20, 2011

See & Heard Part II

Rabu, April 20, 2011

Aku mempunyai minat untuk menulis tetapi tidak mempunyai kemahiran, kata orang minat saja tidak mencukupi... tapi hari ini aku ingin menyampaikan rasa hati..
Tadi di tempat kerja, ada rakan seperjuangan kata, Tahun depan lah aku mengandung lagi!!!! Aku terpaku, wah!!! senangnya... sedih bila mendengarnya.. aku tak terucap n aku tak tahu kenape aku sedih (susah nak diungkapkan). Kalau di pandang secara sinis, mcm takbur bunyinya.... Tapi rezeki masing2 kan. :(
Kita boleh merencanakan jalan kehidupan kita tapi ketentuan dari ilahi... Subhanallah!!

Perkongsian hidup ini memberi aku lebih masa untuk berfikir dan membentuk aku menjadi lebih manusia dengan perasaan. Alhamdulillah.., sememangnya berbeza antara kehidupan bujang dan kehidupan selepas bujang. banyak yg aku pelajari dalam masa terdekat ini.. mata kau memandang dan telinga aku mendengar. Setiap hari dan termaasuklah hari ini aku merasakan apa yang aku pandang dan apa yang aku dengar memberi maksud yang berbeza. Kadang2 bila kita dah menjadi senior dlm kontek pekerjaan,, kita menjadi lupa dimana kita bermula.... apabila kita bercerita, kita lupa siapakah pendengar kita!, apabila kita mengadu, kita lupa apa masalah kita, apabila kita ucap, kita lupa apa kesannya... sungguh mencabar hidup ini.. inilah warna2 kehidupan... lain padang, lain belalang....

Aku menanti, terus menanti dan terus menanti...... esok pasti datang!!!

Saturday, March 19, 2011

See & Heard Part 1

So, apa yg kita lihat dan dengar adalah dua perkara yg berbeza tapi kadang2 lihat sahaja dah mencukupi utk menggambarkan sesuatu situasi dan sekiranya apa yg didengari kdg2 infonya sudah berbeza apabila ceritanya sudah melalui banyak penyampai..
Wah!!!!! semcm ajer bunyinya... apa yg ingin aku kongsi disini bila dtg musim cuti yg panjang dan terutamanya waktu cuti perayaan. Berduyun2 kereta meluncur laju balik ke kg.. 1malaysia balik kg.
So, apa lagi.. jalan pun sesak. bila jln sesak ada la org ambik kesempatan nak menunjuk kehebatan cara pemanduan.. ikut jalan kecemasan. maaf cakap!!!! kebanyakkan kereta yg mengikut lorong kecemasan semua kereta yg berkuasa tinggi.. selalunya kereta yg berkuasa tinggi dimiliki oleh mereka yg berpendapatan tinggi... businessman, pengarah, pegawai, ceo dan sebagainya.. dan bagi aku mereka berpendapatan tinggi.. tapi kenapa tak boleh mematuhi undang2.. duit banyak tak kisah la tapi patuhi la undang2 untuk kesenangan semua pihak...
Fikir-fikirkan.. duit banyak tidak bermakna undang2 boleh diabaikan.... nak tengok juga mereka yg berkenderaan berkuasa besar ini menghormati undang2 serta kenderaan lain.. tak rugi kalu patuhi undang2.
"Oprah Winfrey Show" dah tak keudara lagi.. tapi bagi aku rancangan ini memang bagus.. banyak beri tauladan.. satu topik yg sering diutarakan oleh Oprah.. Dont text during driving... kalu kat Malaysia berbillion sms telah dihantar dan aku percaya antara sms tersebut datgnya dr pemandu2 di jalanraya... bahaya tau... mcm2 boleh berlaku... so no text during driving.. setuju?????

Thursday, March 17, 2011

sedap dan menyelerakan











Bila berbicara tentang makanan, rasanya aku bukan expert sangat tapi kalu bicara tentang citarasa aku bolehlah nak kongsi dengan kawan2.




Selalunya bila keluar makan, mesti nak ke tempat yang paling sedap!! kadang2 harga perkara kedua yang penting apa yang di bayar sepadan dengan makanan yang dihidangkan.

Kalau nak makan kerabu, hanya satu tempat ajer yg aku nak pergi. Ayuthaya Restaurant kat Wangsa Maju bertentangan dengan carrefour. Kerabu Rambutan. kali pertama makan macam tak nak makanan lain dah. kali kedua makan teringat-ringat. Ntah berapa kali dah aku makan kerabu rambutan. Harga berpatutan. Kawan2 perlu cuba.
Dan baru tadi makan "Garlic Mashed Potato" sedap sangat kat Delicious Jln Tun razak. Memang setakat ni tiada tandingan la.

Kalu aku nak makan salad aku mesti pergi makan kat "The Merche Movenpick Restaurant". Macam2 salad ada kat sana. pilihla.. Paling sedap fresh oyester.. taruk lemon sikit.. woww... terangkat.

"The apartment" @ the curve juga menyediakan makanan yang sedap2. My wife selalu ajak g makan kata sana. Makan The Lamb Rack... memang menjilat jari. Kalu dulu selalu juga g makan kat Secret Recipe tapi sekarang dah kurang.... Lamb steau dia memang sedap.

Tapi kalu kawan2 pergi ke Utara, jgn lupa singgah kat Sungai Dua Pulau Pinang. Makan Mee udang. memang marvellous betul .... Restaurant ni memang 100% recommended by me.. sebab restaurant my friend. Memang sedap udangnya fresh n besar2. tengoklah gambar kalu tak percaya. Kalu aku balik Kedah memang singgah kat Eda Mee Udang. Kalu dr Kedah nak ke Kuala Lumpur, selepas Tol Sungai Dua exit ke kiri, Restaurant tu 600m dr exit tu ... sign board merah..

So kawan2 kalu ada tempat yg menghidangkan makan yg sedap dan berbaloi dgn bayaran kongsi2 la....


Setinggan, Teres & Semi D




Setinggan, Teres, Semi D antara kediaman pilihan bg warga kota. Tapi bukan nilai rumah cuba dibicarakan disini tapi nilai murni dan tatasusila yg dihasilkan dari rumah-rumah tersebut. Sebagai seorang guru, banyak pengalaman yg dititip secara tidak langsung walaupun kadang2 tak pernah pun peduli tentang apa yg berlaku disekeliling. Ini adalah pandangan peribadi, sekiranya pendapat sy kurang enak didengari atau salah betulkan saya.


Hasil dr pandangan yg cetek ini sy dapati banyak masalah sosial yg berlaku dikalangan remaja masa kini. Rempit, seks bebas, dadah, gam dan banyak lagi. Apa kaitan antara masalah sosial dan rumah2 yg sy sebutkan tadi. Sebenarnya semuanya bermula di rumah. Bagi remaja jgn jadikan alasan tinggal di rumah2 setinggan sebagai punca masalah sosial anda. Jgn salahkan ibu bapa (kadang2 ada ibu bapa yg patut bertanggungjawab) sy dapati bila sebut masalah sosial pasti latar belakang famili yg dipersoalkan. Ibu2 bapa2 adakah amanah Tuhan yg diberikan kepada anda semua dimanafaat sepenuhnya? Keciciran pelajar disekolah diselebungi dengan pelbagai masalah di rumah. Walaupun suasana kehidupan kota besar yg begitu mencabar, kita jgn lupa untuk mendidik & membimbing anak generasi kita ke peringkat yg terbaik. Pasti yg tinggal di setinggan, teres mahukan kehidupan yg lebih baik tapi mestilah melalui jalan yg bersih dan diberkati. Ada ibu bapa yg tidak mempunyai pendidikan langsung (pendidikan tak formal) berjaya mendidik anak2 sehingga ke menara gading. bagaimana pula dgn ibu bapa yg berpengetahuan dan berpendidikan pada masa kini. Semakin berilmu semakin mencabar kah kehidupan kita? Adakah disebabkan kita tinggal di KL (kota yg penuh dgn ilmu, fasiliti dsbgnya) menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab terhadap diri dan amanah kita?


Biarlah semiskin mana kita, sesusah mana hidup kita tapi ilmu dan nilai2 murni perlu seiring. Orang akan memandang kita mulia bila kita ada ilmu dan mempunyai nilai2 murni. Percayalah!!!

Wednesday, March 16, 2011

Man & Wife & Baby coming soon


My life as a husband & soon going to be a father started on 11 December 2010. I met my lovely wife through friend (Kak Ita). It was the amazing moment when i proposed to her... very relax and cool... kind of not serious. but i got the strong feeling that i am going to end my bachelor life. Everything changed..... now i am already her husband n soon going to be a father...
Insyallah!!

Sunday, June 13, 2010

Ragut

aku ingin berkongsi pengalam bersama. Tahun lepas bulan Oktober, aku kena ragut sekali lagi. (sudah dua kali). Bag laptop aku yang berisi laptop dan dokumen-dokumen penting kerja termasuk 4 usb memory ada kat dalam bag tu.
Perkara ini berlaku pada pukul 6.30 pagi. Burung-burung masih tidur tapi peragut dah bangun menjalankan kerja terkutuk mereka. Aku rasa menyesal dan sangat marah. Tapi bila dikenang kembali mungkin ada hikmahnya. Aku terpaksa membeli laptop baru (Sony Vaio) lebih advance.
Aku bukannya apa, cuma nak kongsi pengalaman, kepada individu-individu tertentu, jalan jangan pandang ke bawah. berhati-hati, tidak semestinya kita lelaki tak terdedah kepada bahaya peragut yang makin menjadi2 ini.
Kadang-kadang peragut ni, dia ada senjata sendiri untuk mempertahankan diri sekiranya berjaya di tangkap oleh orang ramai.. so berhati-hati...
ANTARA BARANG YANG SERING DIBAWA PERAGUT
1. Paper spary (c0ntent~ tak tahu mungkin racun)
2. Pisau
3. Parang
4. Buku lima
dan sbgnya... sp berhati-hatilah...

New Gadget For Me... Nikon D3000
~ ini adalah kamera pertama untuk aku. Memang dah lama mengidam nak kamera DSLR ni.. tapi rasa macam ketinggalan zaman sikit. Ini untuk permulaan nanti dah ada duit beli yang lebih canggih. Kamera ini dah banyak merakam detik manis & pahit. kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman dengan DSLR boleh lah berkongsi dengan aku...

Thursday, January 1, 2009

Happy New Year 2009

Here is my 10 wishes for all my friends and their family:
1. Happiness. Down deep inside
2. Serenity. At every sunrise
3. Success. In every facet of your life
4. Family beside you
5. Caring friends around you
6. A love that never ends
7. Good Health
8. Beautiful memories of yesteryears
9. a bright day with so much to be thankful for
10. A pathway leading to better tomorrows

Happy New Year 2009

Love : Aziz