when the going get tough, the tough get going

Thursday, March 17, 2011

sedap dan menyelerakan











Bila berbicara tentang makanan, rasanya aku bukan expert sangat tapi kalu bicara tentang citarasa aku bolehlah nak kongsi dengan kawan2.




Selalunya bila keluar makan, mesti nak ke tempat yang paling sedap!! kadang2 harga perkara kedua yang penting apa yang di bayar sepadan dengan makanan yang dihidangkan.

Kalau nak makan kerabu, hanya satu tempat ajer yg aku nak pergi. Ayuthaya Restaurant kat Wangsa Maju bertentangan dengan carrefour. Kerabu Rambutan. kali pertama makan macam tak nak makanan lain dah. kali kedua makan teringat-ringat. Ntah berapa kali dah aku makan kerabu rambutan. Harga berpatutan. Kawan2 perlu cuba.
Dan baru tadi makan "Garlic Mashed Potato" sedap sangat kat Delicious Jln Tun razak. Memang setakat ni tiada tandingan la.

Kalu aku nak makan salad aku mesti pergi makan kat "The Merche Movenpick Restaurant". Macam2 salad ada kat sana. pilihla.. Paling sedap fresh oyester.. taruk lemon sikit.. woww... terangkat.

"The apartment" @ the curve juga menyediakan makanan yang sedap2. My wife selalu ajak g makan kata sana. Makan The Lamb Rack... memang menjilat jari. Kalu dulu selalu juga g makan kat Secret Recipe tapi sekarang dah kurang.... Lamb steau dia memang sedap.

Tapi kalu kawan2 pergi ke Utara, jgn lupa singgah kat Sungai Dua Pulau Pinang. Makan Mee udang. memang marvellous betul .... Restaurant ni memang 100% recommended by me.. sebab restaurant my friend. Memang sedap udangnya fresh n besar2. tengoklah gambar kalu tak percaya. Kalu aku balik Kedah memang singgah kat Eda Mee Udang. Kalu dr Kedah nak ke Kuala Lumpur, selepas Tol Sungai Dua exit ke kiri, Restaurant tu 600m dr exit tu ... sign board merah..

So kawan2 kalu ada tempat yg menghidangkan makan yg sedap dan berbaloi dgn bayaran kongsi2 la....


No comments: