Setinggan, Teres, Semi D antara kediaman pilihan bg warga kota. Tapi bukan nilai rumah cuba dibicarakan disini tapi nilai murni dan tatasusila yg dihasilkan dari rumah-rumah tersebut. Sebagai seorang guru, banyak pengalaman yg dititip secara tidak langsung walaupun kadang2 tak pernah pun peduli tentang apa yg berlaku disekeliling. Ini adalah pandangan peribadi, sekiranya pendapat sy kurang enak didengari atau salah betulkan saya.
Hasil dr pandangan yg cetek ini sy dapati banyak masalah sosial yg berlaku dikalangan remaja masa kini. Rempit, seks bebas, dadah, gam dan banyak lagi. Apa kaitan antara masalah sosial dan rumah2 yg sy sebutkan tadi. Sebenarnya semuanya bermula di rumah. Bagi remaja jgn jadikan alasan tinggal di rumah2 setinggan sebagai punca masalah sosial anda. Jgn salahkan ibu bapa (kadang2 ada ibu bapa yg patut bertanggungjawab) sy dapati bila sebut masalah sosial pasti latar belakang famili yg dipersoalkan. Ibu2 bapa2 adakah amanah Tuhan yg diberikan kepada anda semua dimanafaat sepenuhnya? Keciciran pelajar disekolah diselebungi dengan pelbagai masalah di rumah. Walaupun suasana kehidupan kota besar yg begitu mencabar, kita jgn lupa untuk mendidik & membimbing anak generasi kita ke peringkat yg terbaik. Pasti yg tinggal di setinggan, teres mahukan kehidupan yg lebih baik tapi mestilah melalui jalan yg bersih dan diberkati. Ada ibu bapa yg tidak mempunyai pendidikan langsung (pendidikan tak formal) berjaya mendidik anak2 sehingga ke menara gading. bagaimana pula dgn ibu bapa yg berpengetahuan dan berpendidikan pada masa kini. Semakin berilmu semakin mencabar kah kehidupan kita? Adakah disebabkan kita tinggal di KL (kota yg penuh dgn ilmu, fasiliti dsbgnya) menyebabkan kita mengabaikan tanggungjawab terhadap diri dan amanah kita?
Biarlah semiskin mana kita, sesusah mana hidup kita tapi ilmu dan nilai2 murni perlu seiring. Orang akan memandang kita mulia bila kita ada ilmu dan mempunyai nilai2 murni. Percayalah!!!
No comments:
Post a Comment